Jom selamatkan dunia! Jadi adiwira dengan menyertai 2019 Toyota Eco Youth

Toyota Eco Youth (TEY) diperkenalkan pada tahun 2001 oleh UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. sebagai salah satu program CSR mereka. Ianya dianjurkan secara tahunan memberi fokus kepada kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah.

Penganjuran kali ini, TEY membawakan sedikit keunikan. Tema ‘Eco Youth Heroes’ dipilih dengan beberapa perubahan pada kaedah penyertaan. Sebelum ini, pelajar yang berminat dikehendaki menghasilkan kertas proposal untuk diserahkan kepada penganjur.

Namun, pada penganjuran kali ini, para peserta perlu menghasilkan video kreatif serta memuat naik ke Instagram dengan tanda pagar (hashtag) tertentu. Bagi saya cara ini lebih dekat dengan jiwa remaja serta dapat memperkasa kempen penjemaan TEY itu sendiri.

Seterusnya, video kreatif tersebut akan dinilai untuk melayakkan peserta menyertai satu Boot Camp khas. Daripada peserta-peserta Boot Camp, enam kumpulan terbaik akan menerima dana sebanyak RM2,000 untuk merealisasikan idea mereka dalam masa 3 bulan.

Penyertaan haruslah secara berkumpulan yang terdiri daripada 4 orang. TEY kali ini menawarkan ganjaran hadiah bernilai RM10,000 kepada pemenang utama. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Julai 2019.

Maklumat lanjut TEY 2019

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.