Shapr3D – app terbaik pemodelan 3D pada iPad

Dalam Apple Student Learning Camp 2018 yang lalu, sekumpulan peserta menggunakan satu app pada iPad untuk membuat model 3 dimensi (3D) bagi cadangan penyelesaian masalah mereka. Begitu kreatif.

Sejurus pengenalan subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT), saya melihat perlunya lebih ramai pelajar diberi pendedahan kepada aplikasi sebegini bagi menyediakan mereka kepada dunia sebenar kreativiti.

DSKP RBT Tingkatan 3. Lihat dokumen penuh di sini

 

Shapr3D merupakan app CAD mudah untuk pengguna mereka bentuk model 3D.  Ianya ditawarkan pada iPad Pro dan juga iPad 2018 sahaja. Malangnya iPad 2017 dan kebawah tidak disokong.

App ini menerima pujian dari beberapa portal seperti engineering.com, solidsmack.com serta ramai lagi pengulas app.  Architosh.com pula menyifatkan Sharpr3D telah mengubah iPad dari ‘TOY’ kepada ‘TOOL’.

Untuk menggunakan aplikasi ini, Apple Pencil diperlukan. Bagi pengguna kali pertama, satu tutorial disediakan untuk anda mengenali alat suntingan yang ditawarkan.

Bagi versi percuma, anda hanya boleh menghasilkan 3 reka bentuk sahaja tanpa warna dengan akses kepada semua alatan. Mereka mengehadkan fungsi eksport fail berdefinisi tinggi.

Namun, jika anda bercadang menggunakan semua fungsi app ini untuk projek jangka masa pendek anda boleh mencuba versi Pro selama 14 hari. Selain itu, Shapr3D juga menawarkan program Pro selama setahun kepada pelajar.

Kemampuan untuk eksport kepada pelbagai jenis format fail. Berguna jika sekolah anda mempunyai pencetak 3D.
Tutorial penggunaan disediakan untuk anda. Begitu mudah menggunakan Shapr3D.
Versi Percuma dan Pro. Lihat ‘free for students’ di penjuru atas kanan. Shapr3D menyediakan program khas untuk pakej Pro secara percuma selama setahun.
Muat turun Shapr: 3D modeling CAD

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.