Merancang aktiviti project-based learning, cubalah Slack agar lebih produktif 

Slack dibangunkan untuk membantu sesebuah pasukan untuk lebih produktif dan sistematik dengan paparan yang mudah. Ianya hadir dengan dengan pelbagai elemen canggih untuk menguruskan segala fail, sumber, perkongsian, perbincangan dan sebagainya.

Selain itu, dengan Slack anda tidak perlu lagi memeriksa peti email ataupun terganggu dengan kumpulan sembang yang lain (jika anda menggunakan laman sembang popular). Ianya akan membuatkan anda lebih fokus dengan pembangunan projek.

Jika anda sebagai guru yang sedang merancang untuk menjalankan tugasan kajian kes, projek portfolio ataupun pembangunan prototaip pelajar, saya sarankan anda menggunakan platform ini sebagai salah satu syarat untuk penilaian nanti.

Saya telah menggunakan Slack untuk projek pembangunan projek inovasi pelajar dan berpendapat ianya merupakan platform yang amat bersesuaian dan terbaik di pasaran dan boleh diadaptasi penggunaannya untuk pelajar di sekolah.

Dengan penggunaan platform ini juga pelajar dapat belajar mengenai pengurusan organisasi, membentuk pasukan yang lebih tersusun dan profesional serta mahir menggunakan teknologi terkini agar mereka tidak ketinggalan di alam perkejaan kelak.

Slack boleh diakses menerusi platform web dan juga aplikasi pintar.

Bentuk kumpulan Slack anda sekarang!

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.