Cerap bintang menerusi Augmented Reality dengan Star Walk 2

Saya pernah menyertai bengkel menghasilkan produk AR serta berinteraksi secara aktif dengan para pembangun AR di Malaysia. Saya melihat potensinya amat besar terutama untuk diaplikasi dalam bidang pendidikan.

Tahun 2018 dijangka produk dan inovasi AR akan berkembang dengan begitu pesat. Ianya seiring dengan teknologi perkakasan serta perisian yang semakin canggih pada peranti pintar.

Aplikasi yang akan diperkenalkan pada minggu ini adalah Star Walk 2, satu aplikasi menjejak bintang secara interaktif.

Masih ingat lagi sewaktu zaman membesar, pada waktu malam saya menggunakan buku teks sebagai rujukan untuk meneka apakah nama buruj di angkasa. 🌌🌌🌌 🔭

Kini dengan kecanggihan teknologi AR anda akan dapat melihat apakah nama bintang dan buruj pada kedudukan sebenar dengan hanya menghalakan kamera peranti anda ke angkasa.

Sebenarnya aplikasi ini bukanlah baharu. Star Walk 2 telah dibangunkan sejak 2014 lagi. Semenjak ini mereka hadir dengan pelbagai penambahbaikan serta kandungan yang lebih terkini.

Star Walk 2 menawarkan pelbagai fungsi lain yang diperlukan untuk belajar mengenai alam cakerawala. Antaranya fungsi newsnight mood, x-ray view, time machine, satellite tracker, sky live dan banyak lagi.

Versi bebas iklan ditawarkan pada harga RM12.99 di App Store dan juga Play Store.

Muat turun di App Store
Muat turun di Play Store

Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.