Street View kini membawa anda ‘berjalan’ di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Google Street View merupakan projek terbesar Google untuk memberi pengalaman kepada pengguna melihat imej persekitaran jalan utama secara 360 darjah diintergrasikan bersama Google Maps.

Di Malaysia, ianya meliputi hampir semua jalan utama negara. Jika anda rindukan kampung halaman dan tidak sempat untuk pulang, Street View mungkin boleh mengubat rindu anda. 🤔

Google Street View mejangkau misi asal apabila ianya juga memaparkan imej persekitaran denai penjalan kaki, merentasi tembok besar China serta menerokai laut dalam. 😏

Anda kini boleh menikmati keajaiban alam semulajadi dengan mendaki Gunung Tahan dan Gunung Everest. Ianya memberi satu pengalaman baharu kepada pengguna dan amat berguna sebagai salah satu aplikasi teknologi dalam pendidikan.

Dengan misi yang lebih ‘tinggi’, Google mengumumkan pengguna kini dapat menerokai Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi kerjasama mereka dengan pelbagai pihak yang berkaitan. 🛰

Dengan ini, anda dapat melihat sendiri nod yang didiami oleh rakyat Malaysia pertama ke angkasa, Syiekh Muszapfar Syukor. 🚀🚀🚀

 Terokai ISS

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.