Sumber pembelajaran dan web tutorial Raspberry Pi

Raspberry Pi merupakan satu modul kawalan komputer yang popular untuk mencipta perkakasan peranti berhubung (IoT). Ianya berfungsi seperti sebuah komputer mini yang mana mempunyai keempat-empat elemen asas sesebuah komputer iaitu slot input, cip pemprosesas, slot output dan storan. Tujuan utama projek oleh Raspberry Pi Foundation ini adalah untuk mengajar pelajar mengenai asas Sains Komputer yang menjadi nadi kepada kehidupan manusia abad ini. 

Raspberry Pi  banyak digunakan sebagai sulibus pembelajaran berasaskan kreativiti dan inovasi kerana potensinya yang besar dalam domain tersebut. Sokongannya daripada pelbagai pengeluar untuk modul tambahan serta sokongan perisian juga amat luas. Kini terdapat banyak sumber rujukan pembelajaran yang banyak melalui saluran Youtube dan laman web.

Selain itu, harganya yang mampu milik memberi kelebihan  kepada para perekacipta mengurangkan kos penghasilan model prototaip dalam sesebuah projek. Saiznya hanya sebesar kad kredit, amat berkuasa dan jimat tenaga. Terdapat 2 perisian pengoperasian utama yang menyokong perkakasan ini, iaitu Rapsbian dan NOOBS.

Selain dua perisian utama yang disebutkan tadi, terdapat banyak lagi perisian (pihak ketiga) yang ditawarkan sebagai perisian pengoperasian (OS). Julai tahun lepas, pihak Microsoft juga telah mengumumkan untuk menyokong Raspberry Pi menerusi Windows 10 mereka menerusi versi IoT Core. Ia merupakan satu petunjuk yang positif dimana teknologi kompak ini bakal menjadi satu standard dalam kelas masa depan.

Bercakap mengenai gaya pembelajaran abad ke-21 serta agenda negara mahu membina masyarakat pencipta, pendapat saya, kelab rekacipta mahupun kelab robotik yang wujud di sekolah-seolah haruslah menerokai teknologi ini. Guru-guru pembimbing perlulah mahir dengan mendalami kemahiran baru ini.

Dibawah disenaraikan sumber-sumber pembelajaran bagi Raspberry Pi:

Raspberry Pi Official
Hackster
The MagPi
Oxford Cambridge and RCA
Reddit
Adafruit
Sparkfun
Makeusof

Selain Raspberry Pi, mereka juga telah melancarkan satu lagi produk iaitu Astro Pi pada 15 Disember 2015 bersama projek penerokaan di ISS oleh angkasawan British Tim Peake. Projek ini bertujuan untuk mempromosikan teknologi sains angkasa dengan penawaran papan kawalan yang mempunyai sokongan sensor teknologi angkasa dengan saiz yang kompak serta harga yang sukar dipercayai.

Jika anda ingin mencadangkan sumber pembelajaran dan tutorial terbaik dari laman-laman lain untuk memantapkan kemahiran dalam inovasi menerusi Raspberry Pi, kongsi-kongsikan pada ruangan komen dibawah.

Sumber: Raspberry Blog. Piweekly, Alphr

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.