6 sumber informasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam Bahasa Melayu

Kelebihan menerbitkan kandungan dalam Bahasa Melayu adalah ianya dapat mendekati kebanyakkan golongan masyarakat yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tetapi tetap mahu mengikuti perkembangan semasa.

Selain itu, menulis dalam Bahasa Melayu juga dapat menarik pembaca yang agak ramai dari negara seberang seperti dari Brunei dan juga Indonesia. Ini dibuktikan dengan melihat statistik pengunjung yang berkunjung ke blog ini.

Arena TMK atau lebih popular dalam masyarakat dengan istilah ICT mencatatkan perkembangan yang pantas sedekad ini. Menariknya terdapat pelbagai jenama hadir berkongsi mengenai berita, kupasan, reviu dan perbincangan menerusi laman web dan juga penerbitan video.

Baik, mari kita lihat sumber informasi terbaik teknologi digital dalam Bahasa Melayu sepanjang pengetahuan saya. Jika ada jenama yang saya terlepas pandang, boleh maklumkan menerusi fungsi komen dibawah.

1. Amanz.my

Tidah sah jika sehari saya tidak mengunjungi Amanz.my. Selain penulisan di web, mereka juga mempunyai saluran videonya sendiri iaitu Amanz TV di Youtube yang berkongsi kandungan menarik.

Saya sifatkan Amanz sebagai sebuah jenama yang berjaya sejak bermula sebagai blog tutorial teknologi perkomputeran sedekad lalu. Kisah mereka memberi inspirasi kepada saya.

Amanz.my

2. Soya Cincau

Saya kerapkali membaca Soya Cincau menerusi perkongsian di Facebook. Jarang sekali saya berkunjung ke laman web mereka. Namanya membuatkan saya menganggap ianya lebih kepada perkongsian berita hiburan atau gosip.

Soya Cincau sebenarnya sebuah jenama yang begitu aktif berkongsi mengenai perkembangan dunia teknologi digital. Selain laman utama dalam Bahasa Inggeris, mereka juga mempunyai versi Bahasa Melayu.

Soya Cincau BM

3. The Skop

Saya sentiasa mengikuti pemkembangan jenama ini yang saya sifatkan ditulis dengan ‘passion’. Mereka juga dilihat sedang mencari hala tuju agar berbeza dengan jenama-jenama popular lain.

The Skop pada 2019 menyaksikan pelbagai penambahbaikan dari segi antaramuka serta pemilihan tajuk yang lebih seksi.

The Skop

4. Wiser.my

Sepertimana Soya Cincau, web ini menawarkan kandungan dalam Bahasa Inggeris serta mempunyai versi Bahasa Melayu.  Saya baru mula mengenali pada 2019 apabila membaca satu artikel yang ditularkan.

Wiser.my juga mempunyai saluran perkongsian video mereka menerusi Youtube. Sehingga catatan ini ditulis saluran mereka mencatatkan lebih 70,000 langganan.

Wiser.my

5. The Vocket

The Vocket bukanlah laman web khusus untuk teknologi. Ianya lebih dikenali sebagai satu jenama untuk gaya hidup. Tetapi mereka kerap juga menawarkan kandungan mengenai teknologi digital.

Menerusi laman utama mereka, disediakan pautan tab untuk seksyen kandungan khusus mengenai teknologi.

The Vocket | Seksyen Teknologi

6. cikgusiber.com

Berbeza dengan jenama-jenama diatas yang sudah dikenali serta berorentasikan perniagaan, cikgusiber.com hadir sebagai satu projek komuniti untuk penerbitan kandungan bertemakan teknologi pendidikan daripada guru.

Sasaran kami adalah untuk menjadikan cikgusiber.com sebagai satu sumber rujukan penting teknologi dalam pendidikan di Malaysia dalam Bahasa Melayu menjelang 2025.

Mengenai cikgusiber.com

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.