9 sumber tutorial untuk anda si kaki grafik

Cita-cita saya sewaktu di sekolah menengah adalah menjadi seorang perekabentuk grafik profesional. Buktinya tercatat pada majalah sekolah keluaran 2003. Setelah ke tingkatan 6 dalam jurusan Computing cita-cita saya dirombak semula, saya berharap untuk menjadi seorang pengarah filem yang barjaya, haha..

Namun, saya bertuah kerana selaku guru saya masih lagi boleh menjadi sesiapa sahaja. Harapan saya agar dapat melahirkan bakal pereka grafik hebat dan pengarah filem harapan negara dari kalangan pelajar menerusi kegiatan kokurikulum yang diusahakan.

Bagi peminat rekabentuk grafik, disenaraikan beberapa laman web yang popular untuk anda lawati untuk memantapkan kemahiran anda:

TUTS+ Design – Menawarkan lebih 20k tutorial untuk dicuba.

Abduzeedo – Menawarkan tutorial yang pasti mengagumkan dan penuh inspirasi.

Photoshop Star – Menawarkan tutorial asas bagi rekabentuk grafik

The Photoshop Road Map – Sumber terbaik seni digital, grafik dan fotografi

Photoshop Tutor – Sebuah blog yang ‘gigih’ berkongsi pelbagai sumber untuk anda.

Computer Arts – Dunia grafik tanpa batasan.

Sifoo – Laman sumber grafik Made in Malaysia.

Digital Art Online – Sumber berita dan pembelajaran terbaik seni grafik digital.

Hongkiat.com – Bukan sekadar grafik, daripada pakar grafik, Hongkiat Lim.

Apa pula laman rujukan kegemaran anda, kongsikan pada ruangan komen dibawah.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.