Microsoft melancarkan Surface Go

Future Source melaporkan yang mana pada 2017, Windows masih lagi menguasai peranti yang diperolehi oleh institusi pendidikan pada peringkat global.

Ianya berbeza dengan paparan data di Amerika Syarikat yang mana peranti Chromebooks menjadi pilihan utama. Kebanyakkan institusi pendidikan disana memilih peranti yang mampu milik, menyokong iklim pembelajaran dan mudah dikendalikan.

Menyedari perkembangan yang berlaku di negara sendiri terutama dalam dunia pendidikan, Microsoft telah mula mengerakkan beberapa usaha besar berlandaskan permintaan pasaran.

Semua sedia maklum, Microsoft sebelum ini hadir dengan peranti hibrid Surface Pro. Ianya mendapat pujian dari ramai pengkritik teknologi, namun harga jualannya amat tinggi.

Ianya sukar diterima oleh kebanyakkan ibu bapa untuk membekalkan anak mereka dengan peranti yang berharga hampir RM4,000.

Our smallest, lightest, and most affordable Surface yet – Microsoft

Surface Go yang dilancarkan pagi tadi adalah jawapan kepada populariti Chromebooks dan juga iPad 2018 berharga rendah yang menyokong Apple Pencil.

Masa bertahan sehingga 9 jam, port USB-C, sokongan Surface Pen dan dikuasakan oleh Intel Pentium Gold 4415Y, peranti ini hanya seberat 530 gram dengan ketebalan 8.1 mm.

Apa yang saya gemarkan dengan peranti bersaiz 10 inci dan kebawah seperti iPad dan peranti ini adalah ciri-ciri ‘portable‘ yang mereka miliki. Ianya memenuhi keperluan saya yang kerap menggunakan peranti ketika mengembara menggunakan pengangkutan awam.

Tablet Surface Go dijual dengan harga USD399 iaitu kira-kira RM1600 bagi spesifikasi terendah.

Aksesori seperti Signature Type Cover, tetikus dan Surface Pen (sepertimana ditunjukkan dalam iklan) dijual secara berasingan. Ini bermakna untuk mendapatkan set lengkap ini anda perlu melakukan perbelanjaan tambahan.

Bagi saya, kehadiran Surface Go ini merupakan pelengkap kepada pelbagai inisiatif dibawah bahagian Microsoft Education yang dilihat sejak kebelakangan ini agak aktif.

Pra-tempahan untuk Microsoft Surface Go di Malaysia akan dibuka mulai 2 Ogos 2018.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.