Tahun pertama sebagai guru saya diberi tugasan sebagai guru pembimbing kelab robotik bersama dua rakan. Di sekolah kedua, saya mengendalikan pasukan Briged Bestari yang juga banyak terlibat dengan peralatan serta teknologi digital. Terlibat dengan pembangunan bakat pelajar dalam pembelajaran bertemakan digital memerlukan guru sentiasa bersedia dengan perubahan pantas teknologi serta mempunyai sumber yang mencukupi sama …