Scratch merupakan satu alat pembelajaran untuk asas pengaturcaraan pelajar Tahun 6 (program Teknologi Maklumat & Komunikasi) dan Tingkatan 1 (subjek Asas Sains Komputer) di sekolah. Ia menawarkan kaedah pembelajaran konsep asas pengaturcaraan menerusi penggunaan blok-blok arahan. Kaedah ini sesuai untuk pelajar peringkat permulaan atau kanak-kanak berusia 8-14 tahun. Scratch hari ini mengumumkan hadir dengan kemaskini …

Scratch adalah bahasa pengaturcaraan visual untuk kanak-kanak. Ia juga boleh dijalankan secara atas talian dan juga offline (dengan memuat turun aplikasi ke desktop). Pengguna boleh membangunkan projek  menggunakan antara muka berasaskan blok. Projek-projek ini boleh dikongsi menerusi komuniti secara atas talian. Perkhidmatan yang dibangunkan oleh MIT Media Lab ini telah diterjemahkan kepada lebih 70 bahasa. Sehingga kini, …