“Baru budak sekolah, tingkatan 4 hangpa dah ada paten, dulu-dulu cikgu dok dengaq profesor-profesor kat universiti saja dok dapat paten, hangpa rasa?”… Gurauan saya kepada pasukan inovasi MCKK apabila menerima emel daripada MyIPO yang mengatakan inovasi kami bakal diberi status ‘patent pending‘. Proses pengesahan paten mengambil masa selama 18 bulan juga. Syukur, alhamdulillah, setelah tempoh tersebut …

Subsidi kerajaan untuk peranti pengajaran ICT Manifesto: Menang sahaja #CikguJuaraDigital, saya akan perjuangkan pemberian subsidi daripada kerajaan bagi pembelian peranti pengajaran untuk semua pendidik (selepas PKP dalam ekonomi kembali stabil). Penjelasan: Peranti elektronik pengajaran seperti komputer atau tablet merupakan keperluan yang sangat penting kepada para guru. Ianya menjadi nadi utama dalam dunia pendidikan yang bergerak …