MyEduBlog merupakan satu inisiatif sekumpulan guru untuk memperluas penyebaran idea serta informasi pendidikan menerusi aplikasi teknologi web. Saya, Cikgu IK dan Cikgu Azhar mewujudkan platform ini sebagai satu wadah penyatuan para penulis kandungan pendidikan di Malaysia. Ada yang bertanya, komuniti MyEduBlog hanya untuk cikgu-cikgu sahaja? Jawapannya, tidak. Penyertaan adalah terbuka kepada semua tak kira anda …

MyEduBlog Meetup dirancang untuk menjadi satu perhimpunan terbesar para blogger pendidikan Malaysia. Kami yakin dan percaya bahawa blog masih kekal relevan sebagai satu alat kurasi kandungan pendidikan terbaik dan juga sebagai wadah penyebaran ilmu terpenting dalam dunia pendidikan. Kami di cikgusiber.com mengambil tanggungjawab ini apabila melihat kepada pentingnya untuk memperbanyak perkongsian sumber pendidikan menerusi blog …