Saya menjalankan program ‘Hour of Code’ untuk pelajar sejak 2015 lagi. Sewaktu itu sekolah pertama saya, SMK Sultan Tajul Ariffin terpilih sebagai sekolah rintis program DigitalTech@School dibawah MDEC. Program tersebut kini dijenamakan sebagai My Digital Maker. Seingat saya dalam ujian literasi digital, sekolah saya – yang mana pelajarnya terdiri daripada pelajar luar bandar – mencatatkan kedudukan …

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran …