Dunia yang semakin terbuka serta mudahnya akses kepada Intenet mendedahkan anak-anak serta pelajar kita kepada pelbagai ancaman disana. Mereka juga perlu dididik untuk menjadi warganegara digital yang baik. Rasa bertanggungjawab perlu diterapkan agar mereka sentiasa menjaga etika ketika berkomunikasi atau berkongsi. Hari ini di Dad 2.0 Summit (San Antanio, Taxas, USA), Google for Education berkongsi …

Safer Internet Day disambut pada Selasa pertama dalam bulan Februari setiap tahun. Pada tahun ini ia jatuh pada 6 Februari 2018. Namun, peringatan kepada hal-hal keselamatan dan privasi pengguna di Internet bukanlah hanya untuk satu hari. Ianya harus dihebahkan sepanjang masa. Akaun Instagram saya sendiri pernah digodam baru-baru ini berpunca dari kesilapan sendiri. ? Di Malaysia …

Ramai yang mengambil mudah untuk mencipta kata laluan yang baik. Akibat kekurangan pendedahan atau tindakan spontan sewaktu melakukan pendaftaran akaun menjurus kita memilih apa sahaja frasa untuk dijadikan kata laluan. Menurut Google dalam kajiannya, katalaluan yang paling popular yang digunakan oleh masyarakat dunia adalah nama haiwan peliharaan serta tarikh yang bermakna seperti tarikh ulangtahun perkahwinan …