“Baru budak sekolah, tingkatan 4 hangpa dah ada paten, dulu-dulu cikgu dok dengaq profesor-profesor kat universiti saja dok dapat paten, hangpa rasa?”… Gurauan saya kepada pasukan inovasi MCKK apabila menerima emel daripada MyIPO yang mengatakan inovasi kami bakal diberi status ‘patent pending‘. Proses pengesahan paten mengambil masa selama 18 bulan juga. Syukur, alhamdulillah, setelah tempoh tersebut …

#mydigitalmaker Movement merupakan satu inisiatif kerajaan menerusi MDEC untuk menyediakan pelajar dengan keperluan industri 4.0. Saya mengikuti perkembangan projek ini sejak terlibat sama dalam projek DigitalTech@School pada 2015. Ternyata apa yang dilakukan oleh MDEC merupakan satu usaha yang sangat serius dan terancang. Untuk 2018, MDEC menawarkan kepada sekolah-sekolah Malaysia (rendah dan menengah) untuk memohon program #digitalmaker …

#mydigitalmaker merupakan satu inisiatif yang saya lihat begitu agresif oleh kerajaan menerusi MDEC. Saya sendiri terlibat dalam beberapa program yang dijalankan sepanjang 2016 dan 2017. Dua pelajar saya telah terpilih ke Silicon Valey, USA untuk lawatan sambil belajar ke beberapa syarikat gergasi digital dunia seperti Facebook, Tesla dan sebagainya. Pelajar hackathon saya pula telah meraih …