Saya sering mengaplikasikan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dalam kebanyakkan projek kokurikulum pelajar yang saya kendalikan. Pertandingan bertemakan PBL lazimnya melibatkan tempoh masa penyertaan yang panjang, komitmen yang berterusan serta daya kepimpinan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Projek yang berskala besar menuntut sokongan padu daripada keseluruhan warga sekolah. Penyertaan aktif dari komuniti juga diperlukan untuk sama-sama …