Apple menawarkan penajaan kepada pelajar untuk menyertai WWDC19

Dengan tema ‘Write Code, Blow Minds’, acara 2019 Apple Worldwide Developers Conference (WWDC19) bakal diadakan di California, Amerika Syarikat pada 3 hingga 7 Jun tahun ini.

Ia merupakan satu acara yang mengumpul para pembangun perisian bagi platform utama Apple iaitu iOS, macOS, watchOS dan tvOS. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang 5 hari.

Setiap tahun Apple akan menawarkan tajaan khas kepada pelajar dari seluruh dunia untuk ke sana. Pelajar terpilih akan diberi tiket bagi acara ini, penginapan serta penyertaan percuma ke dalam Apple Developer Program selama setahun.

Peluang terbuka kepada pelajar sekolah dari seluruh dunia yang berumur 13 tahun dan ke atas. Tawaran juga dibuka kepada ahli aktif bagi organisasi STEM yang sah dan berdaftar.

Jika anda pelajar lepasan sekolah, anda masih lagi boleh memohon dengan syarat tidak lebih 6 bulan menamatkan pengajian serta menunggu kemasukan ke peringkat seterusnya.

Untuk itu, mereka memberi tugasan kepada peserta untuk menunjukkan bakat kreatif pengaturcaraan menerusi penghasilan babak interaktif di Swift Playgrounds.

Tawaran tajaan telah mula dibuka pada 14 Mac lalu dan tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Mac 2019. Mari kita lihat maklumat lanjut program tajaan ini.

WWDC19 Scholarship

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.