Tak Pasti, Jangan Kongsi, Semak di sebenarnya.my

SKMM telah melancarkan portal ini untuk mengelak penularan berita palsu pada Mac tahun ini. Sebagai guru, kita pun selalu terdedah dengan cerita-cerita sensasi yang belum tentu kebenarannya.

Oleh itu, menyokong kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan, kita sebagai seorang guru boleh mempromosi portal ini agar pelajar kita tidak terperangkap dengan berita yang kurang tepat.

Menjadi lumrah manusia untuk menerima berita sensasi dan rasa ingin berkongsi pula kepada orang lain. Nanti dulu, anda perlu menyemak kesahihnya dahulu di sebenarnya.my sebelum berkongsi kepada pelajar di kelas pada hari esoknya.

Semak berita di sebenarnya.my

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.