TeacherKit – Aplikasi pengurusan kelas terbaik

Sahabat saya, Cikgu Halimhusairy telah menggunakan aplikasi Teacherkit di peranti miliknya untuk menguruskan segala hal berkaitan kelas. Saya melihat Teacherkit merupakan satu aplikasi yang matang dan sentiasa dikemaskini dengan ciri-ciri yang membantu para guru. Melalui perkongsian Cikgu Halimhusairy tadi, berikut merupakan serba mengenai aplikasi ini.

Pengurusan kelas

Melalui aplikasi ini, anda boleh memasukkan data seberapa banyak kelas yang anda ajar. Fungsi ini membenarkan anda mendaftar nama kelas, memasukan penerangan kelas serta anda boleh mengekspresikan kelas dengan gambar profail kelas yang menarik.

Pengurusan Murid

Melaluinya juga, jika anda seorang guru kelas, anda boleh menanda kehadiran murid dan melihat statistik kehadiran pelajar kelas tersebut. Jika anda guru matapelajaran, anda dapat menguruskan sikap/tingkahlaku serta melakukan analisis markah peperiksaan  mereka. Anda boleh menganalisis segala berkaitan murid dengan kad laporan yang kemas.

 

Analisis dan Laporan

Untuk versi percuma, laporannya lebih ringkas dengan fungsi yang terhad. Anda boleh mendapatkan aplikasi premium untuk sistem laporan pelajar yang canggih. Namun, bagi saya, laporan sedia ada (versi percuma)  sudah memadai.

 

 

Koordinasi pelajar di kelas menerusi fungsi Seating Chart

Teacherkit memaklumkan guru boleh menyusun pelajar dengan kedudukan sebenar di kelas, namun kami belum menggunakan lagi aplikasi ini. Mungkin anda boleh mencubanya sendiri.

 

Menyokong Windows 8

Bagi guru yang kurang selesa degan paparan kecil pada gajet pintar, anda boleh mencuba versi Windows. ianya boleh dipasang di PC, laptop ataupun tablet yang mengoperasikan perisian Windows 8. Data-data daripada gajet pintar boleh dieksport ke platform lain dengan fail CSV. Anda juga boleh melakukan sandaran (back-up) dengan akses kepada aplikasi Dropbox.

 

 

Fungsi Student Callout 

Aplikasi tambahan ini membolehkan anda memilih pelajar secara rawak untuk menjawab soalan ataupun penentuan giliran persembahan. Ianya boleh dimuat turun berasingan dan boleh diakses melalui aplikasi TeacherKit sendiri. Data akan diintergarasi terus dengan data pada TeacherKit.

Dibawah dipaparkan video promosi untuk Teacherkit. TeacherKit ditawarkan untuk platform iOS, Android dan Windows. Selamat mencuba.

LIHAT PELBAGAI CIRI DI LAMAN WEB RASMI TEACHERKIT

MUAT TURUN DI PLAY STORE

MUAT TURUN DI APPS STORE

MUAT TURUN DI WINDOWS STORE

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.