Terlepas Education on Air secara live? Kini anda boleh melihat semula secara ‘on demand’

Pada tahun lepas, Google Inc. dan KPM telah berkerjasama menganjurkan Education on Air Malaysia, satu sesi pembelajaran atas talian menerusi siaran video dengan beberapa ciri interaktif, khas untuk para pendidik di Malaysia. Ianya diusahakan setelah pihak Google berjaya menganjurkan Education on Air untuk pertama kalinya pada peringkat global pada tahun yang sama.

Dengan tema ‘It Takes a Teacher’, pada 3-4 Disember lepas, Google sekali lagi melancarkan Education on Air. Menariknya, ia dipancarkan dari 3 benua iaitu benua Australia, Eropah (UK) dan Amerika. Ianya menjadikan sesi ini berlangsung secara berterusan dan agak panjang.

Untuk makluman, Education on Air merupakan satu inisiatif daripada Google dibawah jenama Google for Education. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan aplikasi daripada Google dengan memperlihatkan bagaimana para pendidik mengaplikasikan teknologi Google dalam pembelajaran bagi memudahkan rutin.

Selain para pendidik, mereka mensasarkan kumpulan pentadbir, penyelaras IT dan sesiapa sahaja yang berminat. Mereka juga membawakan beberapa tokoh pendidik untuk berkongsi inspirasi kepada semua sebagai pemangkin perubahan menerusi penggunaan teknologi.

Bagi para pendidik yang terlepas untuk menyaksikan perkongsian secara langsung, anda boleh menyaksikan semua video di laman web Education on Air.

 

Lihat video on demand Education on Air 2016

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.