Jika ditanya apakah aplikasi yang harus anda terokai untuk 2018? Ini jawapan saya…

Dalam sesi pembentangan di USM baru-baru ini mengenai pembangunan instruksi menggunakan LMS & MOOC, rakan saya Amali mendemonstrasikan sebuah aplikasi yang begitu menarik perhatian saya.

Nearpod, satu aplikasi slaid pengajaran secara ‘live’ dan interaktif pada paparan peranti guru dan pelajar. Ianya sesuai diaplikasikan dalam persekitaran BYOD dimana pelajar mempunyai peranti mereka sendiri.

Sebenarnya, idea seperti Nearpod telah lama saya fikirkan iaitu sejak 2012 lagi. Ianya sewaktu saya terlibat memberi latihan kepada guru mengenai VLE di sekitar Perak.

Dalam kelas yang besar, saya memerlukan slaid yang boleh muncul di peranti pelatih saya dengan pelbagai fungsi interaktiviti. Saya tahu, untuk menghasilkan teknologi sebegitu memerlukan satu usaha dan kos yang besar. Kehadiran Nearpod tepat pada masanya.

Sebelum ini, saya telah lama memuat turun Nearpod versi app pada iPad, namun saya tiada masa untuk mengujinya. Sesi demo oleh Amali memberi saya lebih pemahaman kepada cara bagaimana aplikasi ini berfungsi.

Menurut beliau, antara kelebihan menggunakan aplikasi ini adalah, guru boleh mencelah dengan menaip soalan semasa sesi persembahan slaid sedang berlangsung. Ianya boleh mengejutkan pelajar yang mungkin sedang mengantuk.

Selain itu, guru boleh berkongsi jawapan pelajar ke seluruh kelas semasa sesi secara langsung untuk aktiviti seperti ‘Draw It’. Pautan Nearpod boleh dikongsi di mana-mana termasuklah di Google Classroom, Edmodo, Facebook dan sebagainya.

Nearpod menawarkan ciri interakviti yang menarik atau pembelajaran murid lebih berfokus. Antaranya interaktiviti tersebut adalah seperti imej animasi GIF, VR 360°, objek flash, objek 3D, permainan kuiz, poll, video interaktif dan sebagainya.

Jadi, jika anda sudah sedia untuk persekitaran BYOD, ayuh mulakan Nearpod anda untuk 2018.

Terokai Nearpod

Kongsi pengalaman adan menggunakan Nearpod pada ruangan komen di bawah. Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk like laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.