The Engineering Mindset | Pelajar RBT wajib SUBSCRIBE saluran ini!

Tahun ini merupakan tahun pertama saya mengajar subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT) sepenuhnya apabila seorang guru RBT bersara manakala seorang lagi bertukar. Sebelum ini, saya mengajar subjek Asas Sains Komputer.

Sebagai subjek baharu, dengan tiada rakan RBT lain di MCKK, ianya agak mencabar untuk memahami keseluruhan kandungan KSSM. Semakin hari, saya merasakan RBT merupakan subjek yang sangat menarik.

The Engineering Mindset – Sumber Pembelajaran RBT Terbaik

The Engineering Mindset, merupakan satu saluran yang saya temui tanpa sengaja dalam proses menerokai ilmu dan kemahiran untuk saya dalam RBT. Saya sifatkan saluran ini merupakan sumber pembelajaran terbaik bagi subjek ini.

The Engineering Mindset memaparkan kandungan ilmu bertemakan kejuteraan menerusi penerangan konsep menerusi animasi yang menarik dan ringkas. Penenrangan amat mudah difahami.

Saluran yang menggunakan platform Youtube ini diasaskan Paul Evans sejak 2015 ini telah memiliki 1.7 juta subscribers. Mereka juga mempunyai salu laman web untuk memaparkan hasil penerbitkan mereka secara tersusun di https://theengineeringmindset.com 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.