‘The Robinhood of Science’

Catatan kali ni mengenai isu yang agak kontroversi kerana melibatkan isu hak cipta serta hak asasi manusia dalam pendidikan. Tetiba rasanya nak ulas bab ni. 😁

Ok lah, mari berkenalan dengan Alexandra Elbakyan, atau dikenali juga sebagai ‘The Robinhood of Science’.

Beliau mengasaskan Sci-Hub pada 2011 iaitu sebuah servis online ‘mencedok dan mencilok’ kertas kajian saintifik seluruh dunia untuk diakses oleh sesiapa sahaja.

Beliau percaya pendidikan seharusnya percuma dan sebarang halangan untuk mengakses kepada ilmu menerusi hub langganan berbayar adalah bertentangan dengan hak asasi dan memperlahan proses perkembangan ilmu itu sendiri.

Maka tertubuhlah Sci-Hub untuk ribuan penyelidik dan pelajar mendapatkan jurnal atau kertas penyelidikan secara percuma.

70% of scientific publications are behind paywalls

Pada 2016, Sci-Hub mengendalikan lebih 200,000 permintaan setiap hari. Mac 2017, Sci-Hub dilaporkan mempunyai lebih 62 juta kertas penyelidikan dan 85% adalah dari hub berbayar (paywalled scholarly journals).

Selain kertas kajian saintifik ia juga menawarkan kertas kajian sains sosial atau kemanusiaan.

Alexandra Elbakyan, seorang rakyat Khazastan

Kira-kira 10 tahun yang lalu iaitu pada 2009, saya memilih untuk melakukan kajian lapangan dalam satu kertas Etika & Hak Cipta bertajuk ‘Isu cetak rompak perisian dalam pendidikan’.

Kajian dilakukan sehingga bertemu sendiri taiko yang menjual perisian-perisian cetak rompak secara terbuka di salah satu kompleks membeli-belah di Pulau Pinang. 🤔

Menerusi tinjauan, pemerhatian dan beberapa temubual dengan pelajar saya merumuskan ‘tidak salah’ untuk seorang pelajar ijazah pertama yang tidak berkemampuan pada ketika itu untuk mendapatkan perisian cetak rompak untuk tujuan pembelajaran dengan syarat apabila sudah berkerjaya, mereka haruslah menggunakan perisian original dalam alam perkerjaan. Nak rezeki berkat beb. 😽

Sebagai kebanyakkan pelajar yang bergantung kepada PTPTN, sebagai pelajar jurusan Multimedia, untuk mendapatkan perisian original suntingan grafik popular seperti Adobe Photoshop yang pada ketika itu dijual dengan harga lebih RM700 adalah sangat membebankan, itu belum lagi perisian-perisian aplikasi yang lain.

Perisian cetak rompak adalah satu solusi yang datang dari kaedah yang haram dari segi undang-undang namun ianya membantu dalam perkembangan ilmu. 🤘

Begitu juga dengan Sci-Hub , ianya juga bertentangan dengan undang-undang dari kebanyakkan negara. Namun, ianya masih beroperasi kerana komuniti sentiasa yakin dan percaya bahawa pendidikan haruslah sentiasa percuma. Apa pendapat anda?

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.