Tiada lagi Hangouts On Air selepas 12 September, pengguna diminta ke Youtube Live

Hangouts On Air merupakan satu perkhidmatan perbincangan interaktif yang ditawarkan secara percuma kepada semua. Ianya memberi manfaat yang besar kepada komuniti pendidik.

Produk Google ini menjadi agak hangat apabila ia digunakan dalam beberapa siri pengajaran World Largest Lesson (WLL) yang dijalankan secara besar-besaran seluruh negara.

Saya sendiri menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan beberapa keping sijil untuk pelbagai kursus dalam talian serta webinar yang ditawarkan secara percuma oleh pelbagai pihak.

Diperkenalkan pada 2012, akhirnya hari ini Google mengambil keputusan untuk menghentikan aplikasi ini dan meminta pengguna memanfaatkan teknologi Youtube Live yang telah dilancarkan.

Ini bermakna tiada lagi ciri-ciri khusus yang penting untuk perbincangan seperti Q&A serta Showcase.

Teman berpendapat keputusan ini dibuat kerana produk Google ini sebenarnya telah menganggu ‘periuk nasi’ puluhan penyedia perkhidmatan telepersidangan  yang telah lama bertapak.

Keputusan ini membuatkan mereka menarik nafas lega apabila Hangouts on Air yang dikatakan antara terbaik dan percuma berbanding penawaran produk lain di pasaran.

Apakah pandangan ada terhadap keputusan terkini Google ini? Tinggalkan komen anda dibawah.

Sumber: Youtube Help

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.