” TikTok untuk pendidikan?… Are you serious?.”

Menurut portal Oberlo, TikTok merupakan aplikasi media sosial yang paling banyak dimuat turun di App Store dan ke-tiga di Play Store dengan jumlah keseluruhan sebanyak lebih 1.5 bilion kali muat turun.

Datareportal pula melaporkan pada Januari 2020 seramai 800 juta pengguna aktif dicatatkan menerusi TikTok. Statistik ini menunjukkan populariti aplikasi sosial ini dalam kalangan masyarakat dunia.

Pada 2020, 41% pengguna TikTok dunia berumur antara 16-24 tahun.

TikTok menawarkan fungsi penyuntingan video pendek interaktif memberi ruang kreativiti kepada pencipta kandungan. Kelebihan Tik Tok adalah algoritma penyiarannya yang ‘ikhlas’.

‘Ikhlas’ disini bermaksud sistem algoritma TikTok sepertimana juga Instagram, tidak banyak membuat tapisan secara perisian. Apa yang anda kongsi akan muncul dalam ‘feed’ pengguna lain selagi mana anda mematuhi norma-norma baik.

Hukum bermain TikTok

Hukum bermain TikTok adalah haram?. Sebenarnya, pandangan mengenai TikTok telah dikeluarkan baru-baru ini oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2020 dalam satu siaran berjudul Isyad Al-Fatwa Siri ke-472: Hukum bermain TikTok.

Diitegaskan yang mana fungsi TikTok mahupun sebarang persamaan aplikasi tersebut yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik, maka permainan video TikTok hanya sia sia dan tidak mendatang sebarang faedah dan kategori hiburan yang dihukumkan makruh.

Menurut mufti lagi, adalah dilarang untuk memuat naik video yang jelas menghilangkan akhlak sebagai seorang muslim sejati. Ianya bagi menutup pintu kerosakan (sadd al-zara’i) selain boleh menimbulkan ancaman  fitnah bagi sesiapa yang melihatnya.

Berbalik kepada fahaman cetek saya (mohon perbetulkan andai terkhilaf), selagi mana kandungan yang kita hasilkan itu dapat bermanfaat dengan niat untuk mendidik masyarakat, inshaallah ia jatuh pada hukum dibenarkan.

Antara sebahagian petikan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

TikTok dalam pendidikan?

Dalam dunia sosial media, terdapat dominan bagi generasi tertentu. Tidak hairanlah jika pelajar saya sendiri ramai yang tiada akaun Facebook. Namun, masa depan Facebook agak terjamin sebab mereka memiliki Instagram.

Di mana pelajar-pelajar kita ini berkampung? Jawapannya, selain Instagram mereka ramai berada di Twitter dan TikTok. Populariti Tik Tok juga menyebabkan banyak juga jenama dan personaliti terkenal tempatan dan dunia beralih ke sini.

Kempen penyiaran kandungan pendidikan di media sosial ibarat sebuah pemburuan. Jika anda inginkan seekor rusa anda perlulah memburu di koloninya. Jika kandungan angpa mengsasarkan golongan remaja, Tik Tok adalah tempatnya.

Saya juga perasan baru-baru ini ramai pendakwah, ustaz selebriti dan motivator terkenal kita sudah mula berada di TikTok untuk menjalankan kerja-kerja kempen menyebar perkara-perkara kebaikan.

Kempen #tiktokclassroom yang dimulakan di Malaysia menjadi trend seluruh dunia.

Ramai juga yang tidak tahu yang mana satu kempen #tiktokclassroom di TikTok dah mencatatkan jumlah 1.1 bilion kandungan telah dilihat. Video yang saya rakam mengenai teknik melukis pokok kelapa mencatatkan jumlah lebih 80,000 tontonan dalam hanya dalam beberapa minggu.

Antara video saya yang tular.

Saya sendiri pun merasai mengikuti kandungan di TikTok terasa lebih ‘cool‘ kerana antaramuka yang mudah, menawarkan video berdurasi pendek serta kreatif. Saya kini banyak mengikuti tema teknik-teknik videografi dan ada sikit-sikit buat video tutorial.

Apa yang saya perasan, TikTok sebelum PKP didominasi dengan video info agroperlancongan, proses pembuatan, tips dan tutorial serta video-video klip kreatif yang memaparkan infomasi berbanding video tarian atau ‘gelek-gelek’ yang tak sampai 5% pun.

Cuma semasa PKP ini banyak kempen berbentuk ‘challenge‘ dianjurkan. TikTok sebelum PKP dan semasa PKP saya lihat sedikit berbeza. Maklumlah semua berada di rumah dan TikTik ni jadi satu medium untuk menghilangkan kebosanan.

Gambar dibawah menunjukkan antara beberapa contoh kandungan pendidikan yang disiarkan di Tik Tok. Kandungan yang disiarkan dapat diakses dengan kata kunci #tiktokclassroom pada carian aplikasi TikTok.

Pelbagai kandungan menarik pendidikan yang ringkas dan menarik.

Saya memahami mungkin ada pembaca yang akan berbeza pendapat. Sudah tentu anda akan terpengaruh dengan video ‘trending’ yang kadang-kadang tak berapa nak senonoh, yang boleh diakses tanpa perlu log masuk (log-in) kepada aplikasi ini.

Itu sebenarnya sebahagian strategi pemasaran ‘nakal’ TikTok sejak azali. Tak dapat saya nak komen. Bila dah masuk, dah ikuti personaliti atau jenama-jenama yang betul, tiadalah teruk mana.

Dah lama sikit baru anda akan rasakan TikTok ni sebenarnya mempunyai potensi yang amat besar untuk dunia pendidikan serta untuk penyebaran kempen-kempen kebaikan.

Nota: Sesiapa yang ada buat kandungan pendidikan kat TikTok tu kongsi la ID angpa kat komen, cheq nak follow. Jangan lupa ya untuk sentiasa berkunjung ke https://cikgusiber.com untuk pelbagai cerita tentang teknologi dalam pendidikan.

Cikgu Razif merupakan pendidik era digital yang gemar berkongsi sumber-sumber pendidikan. Ikuti beliau di IG dengan klik pada gambar beliau dibawah.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.