Pemilik akaun Google – sudahkah anda mengambil tindakan ini?

Safer Internet Day disambut pada Selasa pertama dalam bulan Februari setiap tahun. Pada tahun ini ia jatuh pada 6 Februari 2018.

Namun, peringatan kepada hal-hal keselamatan dan privasi pengguna di Internet bukanlah hanya untuk satu hari. Ianya harus dihebahkan sepanjang masa.

Akaun Instagram saya sendiri pernah digodam baru-baru ini berpunca dari kesilapan sendiri. 😅

Di Malaysia sahaja terdapat ribuan kes melibatkan jenayah siber yang mana jumlah ini agak membimbangkan.

Keadaan ini mendorong kepada penubuhan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber oleh kerajaan pada 3 November tahun lepas.

Bagi pengguna produk Google, sempena Safer Internet Day pada minggu lepas, mereka mengeluarkan 5 tips mudah untuk anda kekal selamat atas talian.

Tips ini hanya dikhaskan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan Google sahaja. Mari lihat apa tindakan yang perlu diambil bagi memantapkan lagi perlindungan anda.

Five easy tips to help you stay safe online

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.