Menangi pencetak 3D dengan menyertai TM 3Ducation Online Competition

TM 3Ducation Online Competition merupakan salah satu platform untuk menggalakkan para pelajar sekolah di Malaysia untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ianya merupakan sebuah platform yang mengetengahkan idea para pelajar yang diterjemahkan dalam bentuk ‘3D modeling’.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar seluruh negara, berumur 10-17 tahun dan terdiri daripada 3-4 peserta dengan seorang guru pembimbing.

Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan model 3D menggunakan aplikasi web suntingan 3D di Tinkercad.com.

Setiap sekolah yang menyertai dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 3 projek. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2018.

Terma & Syarat
Laman Facebook TM3Ducation

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.