Ingin pasang TV dengan Apple TV di kelas pada 2019? Tunggu dulu!

Kebanyakkan sekolah kini memilih untuk memasang set televisyen (TV) bersaiz besar berbanding projektor di kelas. Ini kerana, mereka tidak memerlukan sambungan tambahan untuk pembesar suara, cukup dengan pembesar suara yang ada padanya. Banyak lagi kelebihan menggunakan TV ini sebenarnya.

Dalam ekosistem pembelajaran Apple, Apple TV diperlukan untuk menghubungkan peranti seperti MacBook atau iPad dengan paparan utama secara tanpa wayar. Ia memudahkan pergerakan guru serta proses demontrasi hasil kerja pelajar juga menjadi lebih pantas.

Untuk makluman, Apple TV yang ditawarkan sekarang merupakan dari generasi ke-4 dengan ciri sokongan paparan 4K. Semakan saya sebentar tadi, Apple TV dijual pada harga RM895. Bagi sekolah yang ingin memasang sistem ini di kelas pada tahun ini, kami nasihatkan anda untuk tunggu dahulu.

Para pengeluar TV utama seperti Samsung, LG, Sony dan Vizio pada acara CES 2019 baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Apple untuk menyokong AirPlay 2, iaitu satu format teknologi tanpa wayar yang sebelum ini dikhususkan untuk peranti Apple sahaja.

Dengan ini, peranti Apple anda boleh melakukan ‘screen mirroring’ atau memaparkan kandungan ke TV secara terus tanpa lagi bergantung kepada peranti khas seperti Apple TV. Ianya mampu menjimatkan kos kerana harga Apple TV bukannya murah.

Ramai yang terkejut dengan langkah baru Apple ini. Dilaporkan, fungsi ini akan diaktifkan dalam masa terdekat apabila Apple bersedia untuk melancarkan perkhidmatan pengstriman kandungan mereka seumpama Netflix. Dengan pendekatan ini, perkhidmatan mereka dapat dinikmati secara meluas.

Jadi, mari kita lihat senarai jenama dan model TV yang bakal menyokong teknologi AirPlay 2 dari Apple ini.

Senarai terkini (dikemaskini dari masa ke semasa)

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.