Mengukur jarak dan keluasan dengan Google Earth

Sudahkah anda membaca catatan saya yang lalu berkenaan dengan pelancaran Google Earth versi baharu?. Ya, Google Earth diberi nafas baru pada April tahun lalu dengan pengenalan beberapa ciri menarik.

Sewaktu menghadiri satu program bersama Google Earth Outreach, mereka menyatakan yang mana Google akan memberi tumpuan yang khusus terhadap teknologi geo mereka seterusnya memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

Nampaknya Google bukannya bercakap kosong. Bulan lepas secara berperingkat, Google mengemaskini aplikasi Google Earth dengan satu fungsi baharu untuk mengukur jarak dan juga keluasan.

Saya melihat fungsi ini mampu diolah dengan cara yang kreatif untuk dimanfaatkan ke dalam kelas. Ianya dapat digunakan dengan mudah tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.

Kini saya ‘mewajibkan’ guru Geografi untuk menguasai menguasai aplikasi Google Earth. Ia juga dapat digunakan oleh guru matematik serta subjek-subjek lain yang bersesuaian.

Terokai Google Earth

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.