Telegraph oleh Telegram – ideal bagi pendidik yang tiada kemahiran teknikal pembinaan web

Telegraf merujuk kepada teknologi atau satu sistem komunikasi yang telah dicipta dan digunakan sejak 1830. Telegram pula merupakan pesanan yang dihantar menerusi telegraf.

Telegram mengalamI zaman kejatuhannya apabila Western Union  di US memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan penghantaran telegram dan pesanan komersil  pada 27 Januari 2006.

Perkhidmatan telegram terakhir dunia sebenarnya ditawarkan di India oleh syarikat telekomunikasi BSN yang kemudian ditamatkan pada 14 Julai 2013.

Telegram belum mati

Mengambil nama serta sejarah panjang telegram, aplikasi permesejan Telegram diperkenalkan pada tanggal 14 Ogos 2013, pada tahun yang sama ia dikuburkan.

Walaupun teknologi yang digunakan berbeza, peranannya masih sama iaitu menghubungkan manusia dari pelusuk dunia menerusi teks.

Jika dahulu, mesej yang dihantar mengambil masa yang agak lama untuk sampai, namun kini ianya sepantas kilat.

Tahun 2016, Telegram sekali lagi memperkenalkan satu perkhidmatan  dengan nama ikonik, iaitu Telegraph. Telegraph merupakan satu perkhidmatan penerbitan web yang mudah dan ringkas.

Inovasi Telegraph

Ianya dilancarkan pada 22 November 2016 dalam kemaskini versi 3.14 bersama pengenalan Instant View. Idea asal Telegraph, pengguna tidak perlu mempunyai akaun atau perlu log masuk untuk menerbitkan sesebuah penulisan (anonymous).

Paparan yang ringkas dan mudah

Kandungan dipaparkan secara ringkas (tanpa sebarang widget, plugin, popup, iklan serta pelbagai elemen web lain) lantas mengurangkan kadar loading page di web browser ataupun paparan web aplikasi permesejan.

Pengguna hanya perlu menulis, memasukan media serta menyiarkan dalam hanya satu langkah sahaja.

Ringkas dan minimal

Untuk menguji, saya telah menulis 4 artikel menggunakan Telegraph.

Memang ternyata, ianya sangat pantas dikendalikan dan perkongsian menerusi fungsi Instant View di Telegram sendiri memaparkan rupa artikel yang minimal dan cantik mata memandang.

Sebagai contoh anda boleh klik salah satu perkongsian teman di pautan berikut:   

Untuk menulis di Telegraph anda tidak perlu mempunyai akaun dan tidak perlu log masuk (fungsi anonymous). Cuma ke Telegra.ph, karang/masukkan media dan… siar!. Mudah bukan.

Namun, untuk menyunting artikel yang telah diterbitkan anda perlu menggunakan peranti dan web browser yang sama sewaktu mula mengarangnya.

Sejujurnya, sayakurang menggemari ciri anonymous ini. Sebagai seorang penulis bebas, saya yakin penulis-penulis diluar sana juga tidak kurang selesa dengan konsep ini.

Telegraph Bot

Nampaknya, bukan saya seorang sahaja yang merungut mengenai fungsi anonymous ini.

Setelah kurang sebulan dilancarkan pihak Telegram menyedari  fungsi login amat penting bagi penyuntingan menerusi penggunaan pelbagai platform.

Pada 22 Disember mereka menambah fungsi ini menerusi Telegraph Bot. Idea kreatif mengintegrasikan fungsi login menerusi bot merupakan satu idea yang harus dipuji.

Fungsi penulisan secara anonymous masih lagi dikekalkan sebagai pilihan utama.

Telegraph API

Saya pernah menulis artikel mengenai Telegram diawal pengenalannya dulu dan amat yakin dengan prospek inovasi yang dikemudi oleh pengasas dua beradik Nikolai and Pavel Durov.

Apa yang saya sukakan mengenai Telegram ialah mereka sentiasa membuka platform mereka kepada umum.

Telegraph API dipelkenalkan kepada para pembangun untuk sebarang intergasi produk mereka dengan Telegraph. Pelbagai inovasi baru boleh difikirkan menerusi kod sumber yang ditawarkan.

Analitik & carian di web

Sebagai seorang penulis, statistik mengenai laman yang disiarkan amat penting untuk menentukan sejauhmana penulisan kita sampai kepada kumpulan sasaran.

Fungsi analitik ini hanya hadir bersama fungsi Telegraph Bot, namun hanya paparan bilangan orang yang melihat artikel sahaja. Data ini tidak cukup untuk analisis pasaran.

Bagaimana pula dengan proses carian pengguna menerusi engin carian di Internet?

Pada awal pengenalannya saya sempat menguji carian di laman web mengenai artikel-artikel yang ditulis menerusi Google. Pelbagai keyword yang digunakan untuk mencari semula artikel yang telah ditulis namun keputusan amat mengecewakan.

Kini, dilihat optimasi yang dilakukan sedikit baik namun jika anda mahu memfokuskan elemen pemasaran dalam penulisan anda, saya merasakan Telegraph belum lagi bersedia untuk anda.

Kesimpulan

Telegraph merupakan penerbitan tanpa dashboard (tab, menu dan setting) sepertimana dalam Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) popular seperti WordPress, Joomla ataupun Blogger.

Antaramukanya tidak boleh dikostumasi mengikut kehendak penulis atau pembangun. Namun begitu, paparan yang disediakan bagi teman sangat minimal dan kemas dengan pemilihan font yang sesuai.

Telegraph harus menjadi satu pilihan yang ideal bagi pendidik yang berhasrat untuk menulis tetapi tiada pengetahuan teknikal.

Apa yang penting di zaman yang mana akses kepada web lebih banyak menerusi peranti telefon pintar, faktor minimal dan kadar masa loading page yang ditawarkan,Telegraph dapat membuka dimensi baru dunia penerbitan web.

Jika anda seorang pendidik dan masih tercari-cari platform untuk anda berkongsi ilmu dan pengalaman, Telegraph dari Telegram sudah pasti tidak mengecewakan anda.

Terokai Telegra.ph

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.