Bila saya perlu ‘update’ sesuatu app pada peranti pintar?

Soalan ini ditanya sewaktu satu sesi bengkel perkongsian teknologi bersama sekumpulan pendidik.

Mereka bertanya, adakah perlu sebulan sekali?. 🤔 Atau apabila pembangun menawarkan versi baharu?.

Mereka agak gusar kerana setiapkali mengemaskini app mereka terpaksa mengorbankan sejumlah data dan dikatakan agak leceh menguruskannya. 😬

Bagi sesetengah individu ianya isu yang remeh, tapi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan teknologi, perkara ini amat penting untuk diketahui.

Pembangunan App

Sebelum saya memberikan beberapa tips, anda harus memahami persekitaran pembangunan aplikasi pintar atau disebut juga app itu sendiri. 📱

Sesuatu app dibangun menggunakan pendekatan yang berbeza untuk kedua-dua platform popular sama ada untuk Android mahupun iOS (Apple).

Ini bermakna walaupun app yang sama, tetapi secara teknikal, ia dibina menggunakan teknologi perisian yang berbeza dalam setiap fasa pembangunannya.

Pelbagai app dari Google yang menawarkan perkhidmatan yang menarik

Photomath contohnya, app yang sama ditawarkan di Play Store (Android) dan juga App Store (Apple), namun persekitaran pembangunan seperti IDE (boleh Google yee.. 🤓 ), bahasa pengaturcaraan, sistem pengkalan data dan sebagainya adalah tidak sama.

Oleh itu, harus anda fahami kemaskini app yang sama di App Store adalah tidak sama dengan kemaskini app di Play Store, begitu juga sebaliknya.

Jika anda ada peranti Android dan sebuah peranti iOS, bermakna jika ada tawaran kemaskini di Play Store, tidak semestinya anda perlu kemaskni aplikasi yang sama di App Store.

Walaupun app yang sama pada peranti yang menjalankan iOS, contohnya iPhone dan iPad, kemaskinian yang ditawarkan juga tidak sama kerana binaan sistem yang berbeza.

Faham kot? 🤔😁😋

Play Store & App Store

Kebanyakkan app dalam gedung aplikasi Play Store & App Store, sebelumnya telah diuji terlebih dahulu dalam ujian beta sebelum ditawarkan kepada umum.

Pembangun seterusnya menawarkan app kepada pengguna sama ada secara percuma sepenuhnya, percuma (dengan iklan), percuma (pembelian dalam app) ataupun berbayar.

Namun, jangan menganggap app tersebut telah sempurna. Perisian bukanlah seperti sebuah mesin basuh automatik yang anda gunakan. Ianya begitu kompleks sekali. 🔧

Paparan kemaskini iOS pada Apple iPad. Paparan pada peranti anda mungkin berbeza.

App tersebut walaupun telah hadir untuk versi umum, akan muncul masalah kecil perisian atau disebut ‘bug’ 👾. Pembangun kadangkalanya terlepas pandang perkara-perkara tertentu semasa pembangunan.

Selain itu, bug berlaku kerana dalam penggunaan harian, para penguna menjalankan app tersebut pada pelbagai versi Android atau iOS serta jenama atau model telefon yang juga berbeza.

Pembangun akan sentiasa menerima maklumbalas dari pengguna untuk memperbaiki segala kelemahan yang wujud.

Bergerak kehadapan, dengan inovasi yang terus berkembang, mereka juga sentiasa menambah ciri-ciri baharu untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Oleh itu, mereka akan menawarkan kemaskinian app dari masa ke semasa.

Paparan log setiap kemaskinian.

Baiklah, berbalik kepada persoalan bila masanya saya perlu ‘update’? Untuk itu, anda perlu mengenali dua jenis tawaran kemaskini.

Nota: Paparan visual dalam catatan ini adalah dari App Store menerusi peranti iPad. Konsep menu dan antaramuka kemaskini di Android mungkin hampir sama.  

Kemaskini Minor

Pembangun menawarkan kemaskini minor untuk mengatasi masalah kecil perisian seperti bug yang disebut tadi. Selain itu mereka juga menawarkan kemaskini untuk menambahbaik prestasi app.

Ini bermakna app akan akan lebih lancar setelah anda mengemaskini app anda. Kemaskini minor selalu ditawarkan secara kerap.

Perlu atau tidak untuk melakukan kemaskini setiapkali kemaskini minor baharu muncul?.

Jawapannya tidak perlu, tetapi jika app anda terkesan dengan bug tersebut dan mahukan prestasi lebih baik saya nasihatkan anda pengemaskininya.

What’s New menerangkan mengenai maklumat kemaskini dan Version History memaklumkan log versi-versi kemaskini

Pembangun juga kadangkala menawar kemaskinian minor untuk menambah ciri-ciri baharu yang tidak ketara atau perubahan kecil terhadap app. Tidak semestinya app tersebut mempunyai bug.

Kemaskini Major

Kemaskini major berlaku apabila pembangun menawarkan versi baharu bagi app yang telah anda pasang. Contohnya dari versi 1.0 ke versi 2.0.

Versi baharu app akan membawakan perubahan drastik app termasuk latar perisian (atau disebut back-end), antaramuka pengguna, tambahan ciri-ciri baharu dan juga prestasi. Apabila ditawarkan, anda boleh memilih 2 tindakan berikut:

1. Terus mengemaskini dan menikmati ciri-ciri baharu. Namun, perlu diingat app versi baharu lazimnya akan mempunyai banyak bug.

2. Tunggu sehingga beberapa kali kemaskinian minor (pembaikan bug) dan barulah kemaskini. 

Kadang-kadang kemaskini app dapat juga dikenali dengan nombor versi yang ditawarkan seperti dibawah:

  • Photomath 1.2.3 (contoh)
  • 1 bermaksud versi utama, 2 bermaksud major dan 3 bermaksud minor

Nota: Amalan menulis nombor versi berbeza mengikut pembangun dan juga sedikit berbeza antara perisian aplikasi dekstop dengan aplikasi pintar.

Perubahan yang besar dalam versi yang sama juga dikenali sebagai kemaskinian major.

Contohnya, versi 2.3 kepada versi 2.4. Perubahan ini selalu melibatkan penawaran ciri-ciri baharu yang menarik dan memberi kesan signifikan kepada pengalaman penggunaan.

Selain itu, kemaskini major juga ditawarkan jika versi baharu sistem pengoperasian peranti anda telah dikemaskini. Contohnya setelah anda mengemaskini Android 7.0 ke 8.0 atau iOS 10 ke iOS 11.

Jika anda telah melakukan kemaskini sistem pengoperasian saya nasihatkan anda mengemaskini juga semua app yang telah sedia menyokong sistem pengoperasian tersebut.

Kemaskini major menyokong sistem pengoperasian baharu iOS 11

Kadangkala juga app yang dibina mempunyai masalah sekuriti yang serius. Oleh itu, pembangun akan meminta anda mengemaskini perisian.

Jika ini berlaku jangan teragak-agak untuk mengemaskini. 😼

Saya letakkan kemaskini sekuriti sebagai major, bukannya minor kerana ia merupakan faktor kritikal yang amat penting untuk melindungi keselamatan dan privasi anda.

Cuba teka jenis kemaskinian ini? Adakah anda berminat untuk mengemaskini dengan tawaran baharu mereka?

Bagaimana dengan data lama saya setelah kemaskini?

Perlu diingat, dalam kemaskinian minor ataupun major, peranti anda akan membuang app yang lama dan memuat turun keseluruhan fail app baharu.

Bermakna, jika saiz app adalah 80MB maka ianya akan memuat turun sepenuhnya fail. Ianya berbeza dengan kemaskini sistem pengoperasian ataupun kemaskini kebanyakkan perisian aplikasi desktop yang memerlukan tampalan atau patch.

Dalam setiap kemaskini anda tidak perlu risau akan data-data anda di dalam setiap app kerana ianya tidak akan hilang apabila anda mengemaskini app. 👮🏻

Masih tidak yakin membuat keputusan? 🤔

Apabila bertanya pendapat peribadi saya, saya akan memilih untuk melakukan kemaskini major berbanding minor jika app saya masih berfungsi dengan baik.

Tetapi jika pembangun meminta untuk mengemaskini kerana masalah sekuriti, jangan tunggu lagi. 💣

Kalau anda tidak mahu memikirkan hal-hal ini, dan tidak mempunyai masalah dengan bajet pakej langganan Internet anda, set sahaja tetapan kepada ‘auto-update‘.

Diharap penerangan ini dapat membantu anda. 😃 Sentiasa bersama kami untuk pelbagai perkongsian teknologi dalam pembelajaran abad ke-21 dan jangan lupa untuk 👍 laman Facebook kami.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.