USM menawarkan Program Percutian Penyelidikan 2019 kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Pra-U

Institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang besar dalam usaha membangunan masyarakat. Peluang baik kepada para pelajar lepasan SPM/STPM/pra-U tahun ini.

Apa kata manfaatkan cuti setelah tamat peperiksaan sehingga keluarnya keputusan untuk menyertai Program Percutian Penyelidikan di Universiti Sains Malaysia.

Program yang diuruskan oleh Pusat Perkhidmatan Penyelidikan Neurosains (P3Neuro) ini bertujuan memupuk minat pelajar dalam bidang STEM dengan menyediakan pengalaman secara ‘handson’.

Dalam program lepas, peserta diberi pendedahan dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi seperti Neurobiologi, Electrofisiologi, Sains Perubatan, Sains Komputer dan sebagainya.

Program akan diadakan di USM Kampus Induk Pulau Pinang dan juga USM Kampus Kesihatan di Kelantan, bergantung kepada bidang yang ditawarkan.

Segala kos yuran ditanggung sepenuhnya oleh penganjur, manakala kos penginapan, pengangkutan serta makan sepanjang 6-8 minggu program ditanggung sendiri oleh ibu bapa.

Tempat adalah terhad. Peserta berpotensi sahaja diterima. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2018. Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai program ini.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.