Ini video pemenang Breakthrough Junior Challenge 2018

The Breakthrough Junior Challenge adalah pertandingan antarabangsa tahunan pelajar untuk memberi inspirasi kepada pemikiran kreatif tentang sains.

Pelajar berusia 13 hingga 18 tahun dari negara-negara di seluruh dunia dikehendaki menghasilkan video berdurasi 3 minit yang membawakan konsep atau teori dalam sains hayat, fizik atau matematik.

Penyertaan dinilai berdasarkan keupayaan pelajar untuk menyampaikan idea saintifik yang rumit dalam cara menarik dan kreatif.

Samay Godika (16 tahun) dari India telah memenangi pertandingan ini dengan ganjaran hadiah kemenangan bernilai USD 250,000.

Guru pembimbing beliau menerima ganjaran USD 50,000 dalam bentuk geran manakala pihak sekolah menerima makmal sains bernilai USD 100,000.

Mari kita lihat video kreatif beliau.

Breakthrough Jr Challenge

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.