Video STEM KPM dilancar – Pembelajaran di kelas lebih menarik dengan aplikasi video interaktif

Hari ini saya dijemput ke Majlis Pelancaran Projek Video STEM KPM di SMAP Kajang, Selangor. Laporan Harian Metro ini memaparkan mengenai peristiwa tersebut.

Untuk makluman, projek ini telah bermula dengan projek Blended Learning Open Source Science or Mathemathics Studies (Blossoms) kerjasama antara KPM, UTM dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Projek ini seterusnya dikembang dengan melatih guru-guru STEM terpilih untuk sama-sama membangunkan video interaktif untuk kegunaan guru-guru Malaysia. Dikatakan video yang dihasilkan menjadikan kelas kebih menarik dengan video yang interaktif.

Dalam projek Video STEM KPM ini,  sebanyak 18 buah video berjaya dihasilkan dengan bimbingan peserta rintis projek Blossoms dan juga beberapa pensyarah UTM.

Saya hanya berkesempatan melihat beberapa video yang dihasilkan dan masih belum boleh menilai keseluruhan kandungan. Kami di cikgusiber.com bercadang untuk mengulas serta menilai video yang dihasilkan nanti.

Dibawah merupakan senarai Youtube Playlist bagi Video STEM KPM. Apa pandangan anda?

Lihat Video STEM KPM

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.