Wacom melancarkan Bamboo Sketch, menyokong hampir semua peranti iOS

Apple Pencil dicipta bersama pelancaran iPad Pro, versi iPad yang dipertingkatkan untuk prestasi dan kreativiti. Apple Pencil mempunyai kemampuan yang tinggi untuk mengesan kadar tekanan, orentasi dan sudut ketika melakar untuk melakukan ‘shading’.

Namun, Apple Pencil hanya menyokong iPad Pro sahaja. Pengguna iPad dan iPhone terpaksa memilih active stylus dari pelbagai jenama untuk menghasilkan karya digital mereka.

Semalam, Wacom yang terkenal dengan teknologi ‘digital ink’ telah melancarkan 2 produk baharu iaitu Bamboo Ink dan Bamboo Sketch. Bamboo Ink dihasilkan untuk peranti Windows 10 (menyokong fungsi Windows Ink) manakala Bamboo Sketch direka untuk  semua platform iOS seperti iPhone dan iPad.

Adakah Bamboo Sketch boleh menjadi satu altenatif bagi Apple Pencil untuk iPad Pro? Jawapannya tidak. Melihat daripada penawaran specifikasinya, Bamboo Sketch dilihat masih tidak dapat menandingi Apple Pencil pada iPad Pro, namun untuk melakukan ‘tugas kreatif’ seperti Apple Pencil kawalan perisian pada app dapat melakukannya.

Wacom mendakwa Bamboo Sketch sangat selesa dipegang dengan rekabentuk yang ergonomik serta sentuhan nib (mata pen) pada skrin yang lembut dan premium.  Ianya amat lancar digunakan bersama aplikasi Bamboo Paper, ArtRage, Autodesk SketchBook, Concepts, dan MediaBang Paint.

Bamboo Sketch untuk iOS hadir dengan harga dianggarkan sekitar RM350. Ianya merupakan satu pilihan yang agak mahal bagi active stylus berbanding produk lain di pasaran, namun melihat kepada reputasi dan teknologi yang dimiliki Wacom, Bamboo Sketch masih dilihat sebagai ‘calon’ terbaik.

Berikut merupakan peranti iOS yang disokong Bamboo Sketch:

iPads

  • 12.9-inch iPad Pro
  • 9.7-inch iPad Pro
  • iPad Air 2
  • iPad Air
  • iPad mini
  • iPad mini 2
  • iPad mini 3
  • iPad mini 4
  • iPad (3rd generation)
  • iPad (4th generation)
  • iPad (5th generation)

iPhones

  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6 Plus
  • iPhone 6
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 7

Sumber: Wacom

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.