Wikipedia menyambut ulangtahun ke-15, kongsikan cerita anda

Wikipedia dimulakan pada 15 Januari 2001 oleh 2 usahawan Internet, Jimmy Wales dan Larry Sanger. Wikipedia merupakan satu perkhidmatan rujukan dan kurasi maklumat dalam talian atau ‘internet encyclopedia’ terbesar dunia dengan lebih 40 juta artikel dalam lebih 292 bahasa. Kandungannya disumbang oleh para komuniti Internet didanai oleh para penaja dan dana awam.
Wikipedia berjaya menjadi 10 laman web paling popular sejak 2007 dan sentiasa memaparkan sebarang maklumat pada bahagian atas halaman utama engin carian. Maklumat yang dipaparkan dalam Wikipedia mempunyai tahap ketepatan yang tinggi (berdasarkan kajian) , namun ia tetap tidak lari dengan artikel yang bias dan diputar belitkan.
Wikipedia memberi jaminan akan kekal bebas dan terbuka untuk terus menyumbang kepada warga dunia. Sempena dengan 15 tahun penubuhannya, Wikipedia mengajak anda untuk berkongsi cerita anda mengenai pengalaman menggunakan Wikipedia.
It would take 16 years to read all of English Wikipedia.
And that’s if you didn’t take any breaks, and never slept.

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.