Youtube Kids – Youtube untuk kita-kita aje

Anak saya yang berumur 2 tahun setengah sudah pandai mengendalikan laman youtube untuk melihat rancangan kesukaan beliau. Kadang-kadang risau juga beliau mungkin tersesat ke saluran yang kurang bersesuaian.

Desas desus mengatakan Google akan mengeluarkan aplikasi mobil untuk kanak-kanak bermula minggu lepas lagi. Setelah 3 hari dilancarkan, carian saya mendapati Google Play sudah menawarkan di Malaysia manakala App Store masih lagi dibataskan di Amerika sahaja.

Youtube Kids merupakan produk pertama Google yang mengsasarkan golongan kanak-kanak, untuk memberi mereka pengalaman menerokai kandungan yang bersesuaian dengan jiwa mereka – dan sudah tentu kandungannya lebih selamat dengan cirian tapisan tertentu.
Menariknya,  ia telah ditalakan dengan pelbagai penyedia kandungan kanak-kanak terbaik seperti DreamWorksTV, Jim Henson TV, Mother Goose Club, Talking Tom and Friends, Nat Geo Kids dan lain-lain. Carian kandungan boleh juga dijalankan dengan arahan suara.

Dari segi rekabentuk, ianya sangat menarik dan sesuai dengan tema kanak-kanak riang dengan rekabentuk ‘bright and playful’.  Ianya menpunyai 4 tab iaitu shows, music, learning, dan explore sebagai pilihan kategori utama. Untuk ibubapa, disediakan bersama Parental Control dengan membenarkan mereka mengawal jumlah had masa penggunaan.
Selain itu disediakan fungsi Sound Setting untuk mengawal bunyi latar yang kadang kala mengganggu. Anda juga boleh mematikan fungsi carian serta menghantar maklumbalas anda kepada pihak Youtube untuk aduan atau cadangan penambahbaikan pada masa hadapan.
Saya kira ianya satu usaha murni Google dalam usaha menjadikan Intenet lebih baik sempena dengan sambutan Safer Internet Day 2015 yang berlangsung pada bulan ini.
Muat turun Youtube Kids di Google Play
Muat turun Youtube Kids di App Store 

 

 

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.