Youtube Live hadir dengan sokongan ‘live chat’ dan ‘live automatic captions’

Satu keputusan yang menyedihkan apabila Google menamatkan perkhidmatan Hangouts on Air. 😒

Untuk makluman, Hangouts On Air merupakan satu perkhidmatan perstriman video untuk persidangan maya dengan fungsi perbincangan interaktif.

Ianya menjadi popular dalam dunia pendidikan kerana ianya dapat memenuhi keperluan dalam cara baharu berkomunikasi.

Saya beranggapan keputusan menamatkan Hangouts on Air dibuat kerana untuk menjaga ‘periuk nasi’ puluhan penyedia perkhidmatan yang serupa.

Kehadiran Hangouts on Air yang ditawarkan secara percuma dilihat menjadi satu ancaman kepada mereka. 🔪

Dengan tidak lagi menawarkan Hangouts on Air, Google meminta semua pengguna beralih ke Youtube Live lantas menamatkan beberapa fungsi menarik seperti Q&A.

Menyedari pengguna telah berubah arah kepada laman sosial seperti Facebook untuk melakukan siaran langsung, Youtube kini menawarkan beberapa ciri baharu untuk memastikan platform mereka memenuhi selera pengguna.

Hari ini Youtube mengemaskini aplikasi Youtube Live dengan beberapa ciri baharu. Antaranya fungsi ‘live chat’ dan juga paparan sarikata secara automatik ketika video ‘live’ berlangsung.

Fungsi ‘live chat’ akan memaparkan perbualan yang selari dengan video yang sedang berlangsung ataupun setelah siaran tamat (direkod).

Fungsi sarikata automatik pula akan memudahkan golongan OKU seperti masalah pendengaran untuk menikmati video secara langsung.

Youtube Live juga amat sesuai untuk para pendidik melakukan perkongsian mengenai ilmu atau kemahiran yang mereka miliki.

Ciri-ciri interaktif seperti ‘live chat’ ini akan menjadikannya suatu sesi pembelajaran lebih menarik. 😃

Sumber: Youtube Blog

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.