Zheng Xin Yong, rakyat Malaysia bertuah terpilih sebagai finalis di Google Science Fair 2016

Google Science Fair merupakan sebuah pertandingan sains dalam talian yang terbuka kepada pelajar seluruh dunia (peringkat antarabangsa) antara umur 13 sehingga 18 tahun. Ianya menawarkan hadiah yang amat lumayan iaitu tajaan biasiswa bernilai USD50,000 sebagai hadiah utama daripada Google serta penaja khas.

Penerima Outstanding Cambridge Learner Award 2015 yang berasal dari Seremban ini mempetaruhkan satu projek dalam bidang biologi iaitu Simple chemiresistor-based alkane sensor to detect lung cancer from the exhaled breath.

Xin Yong yang kini sedang mengikuti program A Lavel di Methodist College Kuala Lumpur telah diumumkan tercalon bersama 15 lagi finalis dari seluruh dunia.

Mereka kini akan memasuki fasa akhir penilaian yang akan diadakan pada September kelak. Tahniah diucapkan kepada Xin Yong kerana telah mengharumkan nama Malaysia. Projek beliau boleh di lihat pada pautan ini.

 

Komen

komen

Comments have been closed/disabled for this content.